Random Story
Posted on: Friday, 28 December 2012 | 0 dopest talk(s)



Hai , assalamualaikum . fuhhh , totally tak boleh tidur harini . seharian asyik duduk melayan laptop jea . Laptop yang keras dan tidak bernyawa ni macam pakwa aku yang ke enam :* gambar kat atas tu takda kena mengena dengan post ni . saja jeww nak bagi semak semak gambar sendiri . Hahahaha , jeles ? jom kita amik gambar sama sama :D

Semalam aku bangun lambat , pukul 3 petang baru bangun . maklum laa , kat rumah ni duduk sesorang jea . ada abang pun , macam takda . masing masing asyik keluar . bila tinggal sesorang , takda siapa nak kejut . terlajak tidur ah . Then bangun bangun terus tweet satu kali . pastu baru mandi . after mandi amik baju yang untuk bawak kat asrama , masukkan dalam washing michine . letak sabun plus downy . baru wangi . lepas dah basuh mesti la jemur . takkan perap kot . 

itu jea laa aktiviti harini , petang karang nak pack pack barang then buat homework sikit sikit. harap harap sempat buat homework . hmm , bosan ni . *bagi 5 minit* Okay dah lima minit , tadi stalk stalk blog orang . and i found something that intersting from blog Adik Faqihah . dia ni baru jea 12 tahun . tapi pasiff betul dalam aktiviti blog ni . boleh dikirakan blogfemes laa budak ni . Hahaha ;p

Tadaa , nak tahu apa yang interesting tu ? *drummm* Teka teki imam Ghazali . Okayy , teka teki ni selalu ada bila ceramah . cumaa aku ni jenis orang yang leceh sikit , bab bab ceramah ni payah nak cakap . asyik tidur . but aku ingat semua ni kay :p okay jomm kita mula kan teka teki .

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan 6 soalan kepada mereka:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua”
Murid 2 = ” Guru”
Murid 3 = ” Teman”
Murid 4 = ” Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari”
Murid 4 = ” Bintang-bintang”
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 = ” Gunung”
Murid 2 = ” Matahari”
Murid 3 = ” Bumi”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat di dunia ini?”
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah”
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang”
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri”

Daripada teka-teki Imam Al-Ghazali ini, elok jika kita merenungi sedalam-dalamnya persoalan-persoalan berikut:

Sejauh manakah kita mengingati detik kematian serta mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat-saat tersebut yang pasti datang pada bila-bila masa.

Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari pengalaman lalu agar kita dapat menempuhi hidup mendatang di atas garisan Syariah yang telah di tetapkan oleh Allah swt.

Sejauh manakah kita dapat mengawal dan menguasai hawa nafsu agar kita dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah swt.

Sejauh manakah kita telah berjaya memikul tugas dan menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Sejauh manakah kita menjaga serta memperbaiki mutu dan kualiti ibadah kita, khususnya solat yang merupakan tiang seri bagi agama Islam.

Sejauh manakah kita mengawal lidah kita dari menuturkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan mereka yang berada di sekeliling kita?


Okay , kat sini niat aku ikhlas nak share benda ni . takda pun nak bajet bajet alim , bajet bajet bagus or what ever . kalau korang tak suka baca takpa . benda ni just sharing . buat yang baca tu , jom kita renung renung kan benda ni . kalau datang hidayah , meh kita taubat sama sama *bajet aku ni* Hmm , takda apa nak cakap lagi . gudluck tahun depan untuk batch 98's . kita perang sama sama . lol , bye . assalamualaikum :*

Disclaimer
Welcome to my online journal . I'm putewwi . just call me Putt for short . being 15 next year . yes , im pmr victim . gonna be the best and beat the rest . thanks for visiting my site :*

Click this cute icon :']
Status Post